Bersempena dengan pertukaran mantan Pegawai PPDHL Tn. Hj. Ismail Musa, ke JPNS, satu majlis perpisahan telah diadakan pada 26 Mei lalu bertempat di Kelab Darul Ehsan. Seramai 4 orang AJK tertinggi JKPGPKHEM kita telah turut sama menghadiri majlis tersebut sambil menyampaikan cenderahati bagi pihak kita. Kita doakan semoga Tn. Hj. Ismail akan berjaya dan bahagia di tempat tugas barunya nanti.
Biro Kebajikan juga sebelum ini telah melakukan kunjungan silaturrahim dan menyerahkan sumbangan ke atas rakan HEM yang berdepan dengan ujian kesihatan (sakit), antaranya En. Adlan Mohd. Ali (virus infection di Hospital Kajang), Tn. Hj. Mohd. Hosni Awang (masalah tulang belakang & leher, di Hospital Kuala Lumpur), En. Mohd. Bazir Din (kanser tenggorok), selain turut menziarahi balu arwah YM Raja Azman Mushahar (PPDa di PPDHL) yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di Bentong pada 27 Februari lalu.
Pihak JKPGPKHEM akan terus berusaha menjaga kebajikan ahli-ahli daripada kalangan GPK HEM. Oleh itu, adalah diseru kepada rakan-rakan yang masih belum menjelaskan yuran agar dapat berbuat demikian, demi kebajikan kita bersama.
No comments:
Post a Comment