JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

Monday, May 12, 2014

UCAPAN 'SELAMAT HARI GURU' DARIPADA TUAN PENGARAH JPNS


KURSUS PENGURUSAN 3K - SUB UNIT KESELAMATAN

Kursus Pengurusan 3K - Sub Unit Keselamatan
-Bersama Pihak Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Ampang.


*Tarikh   :  13 Mei 2014
  Masa     :  8.00 pg - 3.00 ptg
  Tempat  :  Balai Bomba & Penyelamat,
                   Pandan Indah, Ampang.

    * Semua Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) daerah Hulu Langat
terlibat dengan program ini.

Wednesday, March 19, 2014

LAWATAN KE SMK PULAU GAYA, SABAH

Pada hari terakhir kursus di Sabah, kami berpeluang melawat ke SMK Pulau Gaya. Lawatan ke sekolah ini adalah atas cadangan Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, memandangkan istimewanya sekolah ini yang terletak di atas laut.
Video ini dibuat sebagai tanda kenangan buat rakan-rakan yang berkunjung ke sekolah berkenaan.
Selamat menikmati..

Sunday, March 9, 2014

Friday, November 8, 2013

LAWATAN PENANDA ARASAN KE KUNDASANG, FEBRUARI 2014

JKPGPKHEM(SR) DHL merancang Program Lawatan Penanda Arasan ke Kundasang, Sabah pada 24 - 28 Februari 2014.
Sehubungan itu, semua GPK HEM (Sekolah Rendah) daerah Hulu Langat dipelawa untuk menyertai program tersebut,
Pertanyaan boleh dibuat menerusi Pn. Hajjah Ainoon M. Sallehuddin, Setiausaha JKPGPKHEM (SR) DHL.

Thursday, September 12, 2013

AKTIVITI MELIBATKAN HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT SEPANJANG PENGGAL PERTAMA 2013 LALU

Salam hormat, salam perpaduan buat rakan GPK HEM. 
Unit ICT/Penyebaran Maklumat JKPGPKHEM (SR) DHL memohon kemaafan kerana sudah agak lama tidak mengemaskini blog kita.. Tentu sekali kesibukan yang dihadapi,  difahami semua rakan, antara faktor blog ini seolah 'mati', tanpa ada info yang boleh dikongsi. Sebenarnya, mengendalikan blog tidak semudah 'berfacebook'. Ini kerana kerja-kerjanya lebih memerlukan kerajinan, tumpuan serta kerjasama mengumpul bahan/maklumat untuk dimuatkan di sini. Berbeza dengan 'FB', ia lebih ringkas, mudah disampaikan dan tidak perlu membuka laptop/komputer~ hanya dengan menggunakan telefon bimbit sudah mencukupi! Apapun, kami di Unit ICT hanya mampu memaparkan rangkuman peristiwa 
yang terakam sepanjang penggal lalu untuk tatapan bersama.
TAKLIMAT SKIM INSURAN MURID SPAD - 27 Mei 2013
TAKLIMAT 3K - 20 Mei 2013
TAKLIMAT PENDIDIKAN WAJIB 
& PENDAFTARAN TAHUN 1 2014
- 22 Mac 2013
TAKLIMATMENGENAI MURID BUKAN WARGANEGARA 
& BERKAITAN PIBG, SARANA IBU BAPA
- 28 Februari 2013
BENGKEL 3K - SECARA TALIAN DI SK JLN 3, BBB- 21 Februari 2013
TAKLIMAT MENGENAI KAWALAN KESELAMATAN - 18 Februari 2013








Wednesday, February 6, 2013

PENGUMPULAN & PENGGABUNGAN DATA KWAPM DAERAH HULU LANGAT TAHUN 2013


Bengkel Pengumpulan dan Penggabungan Data KWAPM bagi Tahun 1 dan Tingkatan 1 sesi 2013, telah dilaksanakan pada 5 Februari (Sekolah Rendah) dan 6 Februari 2013 (Sekolah Menengah). 

Taklimat telah disampaikan oleh En. Norazmi Hj. Md. Isa, Penyelia Kebajikan Hal Ehwal Murid, PPD Hulu Langat. Beliau turut dibantu oleh 3 orang Jurulatih Utama Kebajikan iaitu En. Asman Harun, 
Pn. Romna Rosli dan En. Adlan Mohd. Ali.

Seramai kira-kira 120 orang wakil sekolah terdiri daripada GPK HEM dan Penyelaras KWAPM telah hadir pada sesi berkenaan. 


GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011
Bergambar di depan Dewan Blok E, PPDHL

FOTO KENANGAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 DI SAUJANA IMPIAN GOLF RESORT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

Bergambar kenangan selepas dua hari berbengkel membina blog di PKG Ampang