JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

Thursday, October 28, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN GPK HEM (SEKOLAH RENDAH) DAERAH HULU LANGAT

Pada tahun ini, jamuan akhir tahun bagi GPK HEM (sekolah rendah) daerah Hulu Langat, diadakan di Satey Samuri, Kajang. Acara jamuan diadakan selepas taklimat HEM dan mesyuarat agung JKPGPKHEMSR yang dibuat pada sebelah pagi hingga tengah hari di PPDHL.
Acara dikendalikan oleh Pn. Ainon Mohamed Salehuddin, manakala bacaan doa dipimpin olehTn. Hj. Zainal Mohd. Hassan.

Majlis jamuan, turut meraikan 3 orang GPK HEM yang bersara wajib. Mereka ialah Pn. Chek Norlia Othman (3/9) dari SK Cheras Indah, Pn. Zubaidah Mat Janum (18/11 - SK Ampang Campuran), dan Cik Yaw Ah Moi (10/12- SJKC Yu Hua). Manakala Pn. Hjh. Sabarinah Ahmad Sabri (SK Convent) yang bersara pilihan pada penghujung tahun 2009, tidak dapat hadir. Beliau merupakan mantan Setiausaha JKPGPKHEMSR.

Hadir memeriahkan majlis jamuan adalah jemputan dari PPDHL iaitu Pn. Hjh Rosnani Abdul Aziz, Tn. Hj. Thaha Mohd. Yusof, Tn. Hj. Ahmad Sah Saad, serta En. Chayed Basirun yang mewakili Pegawai PPDHL. Turut hadir ialah Tn. Hj. Abdul Shukur Ujang, Timbalan Pengerusi Majlis Guru Besar.



Wednesday, October 27, 2010

MESYUARAT AGUNG JK PERMUAFAKATAN GPK HEM (SEKOLAH RENDAH) DAERAH HULU LANGAT 2010



Bertempat di Dewan Persidangan Blok E, PPD Hulu Langat, Mesyuarat Agung JK Permuafakatan GPK HEM (Sekolah Rendah) Daerah Hulu Langat (JKPGPKHEMSR) diadakan buat julung kalinya. Sebelum mesyuarat, GPK HEM sekolah rendah dan menengah terlebih dahulu telah mendengar ceramah 'Pengurusan Majlis Rasmi dan Protokol Di Sekolah' oleh En. Razak Said, Penyelia Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform Sekolah Rendah. Sesi taklimat HEM turut diisi oleh Pn. Hajjah Rosnani Abdul Aziz ,(Penyelia Kanan HEM) dan Tn. Hj. Thaha Mohd. Yusuf (Penyelia HEM).

Mesyuarat Agung JKPGPKHEMSR kali pertama ini turut membuat pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2011-2012. Selain itu, mesyuarat juga telah sebulat suara menerimapakai draf Perlembagaan JKPGPKHEMSR yang dibentangkan. Perlembagaan diwujudkan bertujuan menjaga kebajikan GPK HEM (SR) daerah, di samping mewujudkan kerjasama dan peningkatan dalam bidang profesionalisme.

Senarai penuh Ahli Jawatankuasa Permuafakatan GPK HEM (Sekolah Rendah) Daerah Hulu Langat, Sesi 2011-2012, adalah seperti berikut ;
Penasihat : PPDHL
Pengerusi : En. Norazmi Hj. Mohd. Isa (SK Bandar Tasik Kesuma)
Naib Pengerusi : En. Jaapar Shamsuddin (SK Tasek Permai)
Setiausaha : Pn. Som Haini Ab. Ghani (SK Cheras Jaya)
Naib Setiausaha : Pn. Ainon Mohamed Salehuddin (SK Bukit Raya)
Bendahari : Pn. Anita Yeo Chye Luan (SK Seri Jerlok)
Naib Bendahari : Pn. Hjh. Zainah Mohd. Yunus (SK Jalan 4)
AJK ;
Zon Ampang : Pn. Hasnah Ahmad Awang (SK Ampang)
: Pn. Junaidah Mohamed Noor (SK Pandan Indah)
Zon Bangi : Pn. Norizah Rahmat (SK Bangi)
: Pn. Hjh. Hamidah Ibrahim (SK Bandar Baru Bangi)
Zon Kajang : Pn. Hjh. Norizan Mohd. Noor (SK Seri Sekamat)
: Pn. Hjh. Zalilah Othman (SK Kantan Permai)
Zon Semenyih : Pn. Romna Rosli (SK Bandar Teknologi)
: Pn. Rozinah Baharim (SK Kg. Kuala Pajam)
Zon Cheras : En. Adlan Mohd. Ali (SK Dusun Tua)
: En. Badrol Hisham M. Salleh (SK Taman Puteri)
Wakil SJKC : En. Teh Bu Hai (SJKC Sin Ming)
: Pn. Lee Swat Eyi (SJKC Batu Sebelas)
Wakil SJKT : Pn. Santhi a/p Swalingam (SJKT Bangi)
: Pn. Grace Sakuntala a/p DS Immanual (SJKT Ladang West Country)
(*Selain itu, 2 orang Juruaudit Dalaman akan dilantik di kalangan AJK yang dipilih dalam Mesyuarat Peringkat Jawatankuasa kali pertama)

Semoga AJK yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, serta mendapat kerjasama daripada semua GPK HEM daerah.

Sunday, October 24, 2010

PERJUMPAAN GPK HEM PADA 26 OKTOBER 2010

Satu perjumpaan untuk GPK HEM daerah Hulu Langat akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 26 Oktober 2010 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Persidangan Blok E, PPDHL

Aturcara program adalah seperti berikut ;

7.30 - 8.00 pagi - Pendaftaran
8.00 - 10.00 - Ceramah (Penceramah Jemputan)
10.00 - 10.30 - Rehat / kudapan
10.30 - 11.30 - Taklimat HEM
11.30 - 12.00 - Mesyuarat Permuafakatan HEM
12.30 tengah hari - Jamuan Akhir Tahun (bertempat di Satey Samuri, Kajang)

*Semua GPK HEM (Sekolah Rendah) adalah dikehendaki hadir pada program tersebut.
GPK HEM yang masih belum membayar sumbangan (yuran), diminta melunaskan bayaran kepada Bendahari seberapa segera. Ucapan terima kasih kepada GPK HEM yang telah menyelesaikan sumbangan (bayaran RM60/setahun).

Thursday, October 14, 2010

NAMA BARU BAGI MGPKHEM


Baru-baru ini, dalam satu sesi mesyuarat MGPKHEM (SR), bertempat di SK Bukit Raya, keputusan telah diambil agar nama MGPKHEM digantikan dengan Jawatankuasa Permuafakatan GPK Hal Ehwal Murid (Sekolah Rendah) Daerah Hulu Langat (JKGPKHEMDHL)

Sesi mesyuarat turut menyentuh tentang draf Perlembagaan, di mana ahli-ahli bersama-sama menyemak, mengkaji dan memperbaiki draf Perlembagaan untuk dibawa ke Mesyuarat Agung yang akan diadakan tidak lama lagi.

Segala perkembangan berhubung aktiviti terkini, akan dimaklumkan kepada GPK HEM oleh pihak sekretariat.

Monday, May 3, 2010

MESYUARAT MGPKHEM DAERAH HULU LANGAT BIL.1/2010



Bertempat di SK Cheras Jaya, mesyuarat pertama MGPKHEM tahun ini diadakan dengan agenda utamanya untuk membincangkan aktiviti bagi tahun 2010.

Antara ketetapan yang diambil ahli mesyuarat adalah rancangan untuk menggubal Perlembagaan MGPKHEM bagi menjaga kebajikan ahli (GPK HEM) di samping memastikan segala tindak-tanduk ahli jawatankuasa bersandarkan panduan yang digariskan oleh perlembagaan.

Mesyuarat turut membincangkan mengenai penjualan batik majlis, seperti yang telah diputuskan dalam majlis Jamuan Akhir Tahun (2009) lalu. MGPKHEM tidak mengambil sebarang keuntungan daripada jualan tersebut, sebaliknya hanya berperanan membantu menjual kepada ahli-ahli. Tiada paksaan terhadap pembelian batik ini, namun hampir 60 % GPK HEM telah membelinya. Untuk peringatan, batik bagi GPK HEM perempuan berharga RM 240, manakala cuma RM 170 bagi lelaki. Pihak majlis turut berharap GPK HEM daripada SJKC dan SJKT akan dapat memberikan sokongan yang lebih baik.

Selain itu, ahli mesyuarat juga merancang program Lawatan Sambil Belajar ke Sekolah Kluster di utara Semenanjung. Tarikh akan ditentukan kemudian.

Semoga tahun 2010, aktiviti yang dirancang MGPKHEM akan mendapat sambutan serta berjaya dilaksanakan meskipun terdapat kekangan kewangan dan sebagainya.

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011
Bergambar di depan Dewan Blok E, PPDHL

FOTO KENANGAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 DI SAUJANA IMPIAN GOLF RESORT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

Bergambar kenangan selepas dua hari berbengkel membina blog di PKG Ampang