JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

Monday, May 3, 2010

MESYUARAT MGPKHEM DAERAH HULU LANGAT BIL.1/2010



Bertempat di SK Cheras Jaya, mesyuarat pertama MGPKHEM tahun ini diadakan dengan agenda utamanya untuk membincangkan aktiviti bagi tahun 2010.

Antara ketetapan yang diambil ahli mesyuarat adalah rancangan untuk menggubal Perlembagaan MGPKHEM bagi menjaga kebajikan ahli (GPK HEM) di samping memastikan segala tindak-tanduk ahli jawatankuasa bersandarkan panduan yang digariskan oleh perlembagaan.

Mesyuarat turut membincangkan mengenai penjualan batik majlis, seperti yang telah diputuskan dalam majlis Jamuan Akhir Tahun (2009) lalu. MGPKHEM tidak mengambil sebarang keuntungan daripada jualan tersebut, sebaliknya hanya berperanan membantu menjual kepada ahli-ahli. Tiada paksaan terhadap pembelian batik ini, namun hampir 60 % GPK HEM telah membelinya. Untuk peringatan, batik bagi GPK HEM perempuan berharga RM 240, manakala cuma RM 170 bagi lelaki. Pihak majlis turut berharap GPK HEM daripada SJKC dan SJKT akan dapat memberikan sokongan yang lebih baik.

Selain itu, ahli mesyuarat juga merancang program Lawatan Sambil Belajar ke Sekolah Kluster di utara Semenanjung. Tarikh akan ditentukan kemudian.

Semoga tahun 2010, aktiviti yang dirancang MGPKHEM akan mendapat sambutan serta berjaya dilaksanakan meskipun terdapat kekangan kewangan dan sebagainya.

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011
Bergambar di depan Dewan Blok E, PPDHL

FOTO KENANGAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 DI SAUJANA IMPIAN GOLF RESORT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

Bergambar kenangan selepas dua hari berbengkel membina blog di PKG Ampang