JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

Thursday, October 18, 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT 2012

Restoran Berputar 360 Menara Kuala Lumpur, menjadi pilihan untuk Jamuan Akhir Tahun bagi Guru-guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) daerah Hulu Langat pada tahun 2012 ini.   
     Seramai hampir 80 orang GPK HEM telah menghadiri majlis ini. Di samping itu, turut hadir memeriahkan majlis ialah Tn Hj Mohd Mahmudi Bakri, (Pegawai PPD Hulu Langat), Pn Marina Misban (PPPD HEM), Pn Hjh Rosnani Abdul Aziz (Penyelia Kanan HEM), En Norazmi Mohd Isa (Penyelia Kebajikan HEM), En Abd Aziz Isa (Kaunselor Kerjaya), Pn Roslinda Kamiss (Penyelia Pendidikan Islam) dan Tn Hj Abd Shukor Hj Ujang (YDP Majlis Guru Besar DHL).
     
AJK JGPKHEM(SR)DHL bergambar kenangan dengan 'Orang Kuat' PPDHL
   
 Majlis turut meraikan GPK HEM yang telah dan akan bersara pada tahun ini, selain GPK HEM yang bertukar jawatan atau berpindah. Menu yang disediakan amat menarik, bervariasi dan lazat, serta pastinya menggamit keinginan para GPK HEM untuk datang bertamu lagi. 
GPK HEM Zon Kajang

 GPK HEM Zon Cheras
 GPK HEM Zon Semenyih
 GPK HEM Zon Ampang
GPK HEM Zon Bangi
      
Semoga hubungan sesama GPK HEM dan PPDHL sentiasa erat demi kemajuan dan pembangunan pendidikan di daerah kita ini.

Friday, October 12, 2012

OPERASI PENGUMPULAN & PENGGABUNGAN DATA KWAPM 2013

Bertempat di SK Saujana Impian 2, Kajang, operasi pengumpulan dan penggabungan data KWAPM untuk permohonan tahun 2013 telah dibuat. Operasi dijalankan pada dua sesi, dan kerjasama daripada sebilangan besar sekolah adalah amat baik. Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah yang telah menyediakan segala dokumen dan data yang diperlukan.

Thursday, October 11, 2012

PEMANTAUAN PENGURUSAN KEBAJIKAN UNIT HEM DARAH HULU LANGAT

Penyelia Kebajikan Unit HEM PPD Hulu Langat, En Norazmi Mohd Isa, bersama-sama 4 orang Jurulatih Utama (JU) iaitu En. Asman Harun, Pn Romna Rosli, En Adlan Mohd Ali dan Pn Maheran Abdul Rahman, telah membuat pemantauan secara berkelompok ke tiga buah zon baru-baru ini. Fokus pemantauan adalah berkaitan pengurusan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), 
Takaful dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). 
En. Norazmi Mohd Isa menerangkan bahawa pemantauan bertujuan mempertingkatkan pengurusan pihak sekolah terhadap bidang berkenaan. Ini bagi memastikan sekolah-sekolah di daerah kita mampu melaksana dan mengurus hal kebajikan murid-murid dengan lebih teratur dan berkesan.
Pemantauan Zon Kajang di SK Taman Jasmin pada 13 September 2012
Pemantauan Zon Semenyih di SK Beranang pada 12 September 2012
Pemantauan di sekolah-sekolah JU dilakukan lebih awal pada 29-30 Ogos lalu.
Pemantauan di Zon Ampang telah dibuat pada 25 September bertempat di SMK Taman Tasik. Manakala bagi Zon Cheras dan Zon Bangi, pemantauan akan dibuat kemudian. GPK HEM di kedua-dua zon yang belum dipantau, diminta bersiap sedia memastikan segala instrumen pemantauan dipatuhi.

GPK HEM DAERAH HULU LANGAT AKTIF TERLIBAT DENGAN PROGRAM DAERAH

Sepanjang Penggal Kedua 2012, beberapa aktiviti peringkat daerah Hulu Langat telah diadakan.
 GPK HEM daerah tidak ketinggalan ikut terlibat dengan program yang dianjurkan sama ada oleh pihak JPNS mahupun PPDHL. Antara aktiviti yang dihadiri GPK HEM daerah kita adalah seperti berikut ;
MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 
PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT
PADA 14 SEPTEMBER 2012 DI SMK ABDUL JALIL
TAKLIMAT PERMOHONAN KWAPM 2013 
PADA 5 SEPTEMBER 2012 DI SMK SAUJANA IMPIAN, KAJANG.
MAJLIS PERSARAAN TN HJ DARMAWIJAYA MOHD TAHIR, GPK HEM SK LUBOK KELUBI PADA 9 OGOS 2012 DI SK LUBOK KELUBI
PERJUMPAAN KETUA POLIS SELANGOR DENGAN GURU-GURU NEGERI SELANGOR
 PADA  31 JULAI 2012 BERTEMPAT DI IPK SHAH ALAM, SELANGOR
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT
 PADA 27 JUN 2012 DI KLIUC, BANGI.

Friday, July 13, 2012

KURSUS PENGURUSAN KEBAJIKAN BERKESAN..

 Kursus pada hari kedua, diisi oleh slot "Komunikasi Berkesan Dalam Majlis Rasmi" dan "Penulisan Rekod dan Dokumen Rasmi", yang disampaikan oleh En. Mohd Faizullah Buyong (PPD Gombak) dan En. Johari Mohd Noh, Unit Perhubungan & Pendaftaran JPNS  ("Protokol dan Etiket").
Peserta kursus mengadakan perbincangan kumpulan pada sebelah malam berdasarkan tajuk-tajuk yang diberi. Satu majlis khas turut diadakan sebagai menghargai dan meraikan Pn Hjh Narizah Mohd Yusof (Penyelia Kanan HEM JPNS) yang dijadualkan bersara pada 20 Julai nanti.

Wednesday, July 11, 2012

KURSUS PENGURUSAN KEBAJIKAN BERKESAN BAGI HEM NEGERI SELANGOR 2012


"Kursus Pengurusan Kebajikan Berkesan" anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS) bermula pada 10 Julai 2012 dan berakhir pada 13 Julai 2012, bertempat di Hotel Syeun, Greentown, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Seramai 40 orang GPK HEM yang mewakili sepuluh daerah di negeri Selangor telah terlibat dengan kursus ini. Setiap daerah diwakili 4 orang GPK HEM diiringi seorang wakil dari PPD masing-masing. 
Tn Hj Abd Khalid Jaafar, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPS, telah menyampaikan ucaptama pada malam pertama kursus. Kursus diterajui Pn Hjh Narizah Mohamad Yusoff (Unit HEM JPNS) yang merupakan perkhidmatan "terakhir" beliau sebelum bersara wajib pada 20 Julai depan. 
      Antara penceramah yang terlibat pada hari pertama kursus adalah En. Rozali Senik (PPD Petaling Perdana) dengan tajuk "Pengurusan Data KWAPM", En. Mokhtaruddin Dasim (Pengarah Arkib Negara Cawangan Perak- "Pengurusan Rekod Kerajaan" dan En. Aspiyaan Mohamad Jamaludin (Sektor Jaminan Kualiti JPNS) yang menekankan mengenai "Penyediaan Fail Meja- Kebajikan".
       Semoga kursus yang diterima oleh para peserta dapat dimanfaatkan sesama rakan GPK HEM daerah masing-masing nanti, insyaAllah.
     


Monday, March 5, 2012

TAKLIMAT & BENGKEL PELAKSANAAN WAJIB SEKOLAH RENDAH DAN PENDAFTARAN WAJIB TAHUN 1 (2013-2014)

Pada 22 Februari 2012 lalu, bertempat di Dewan Blok E, PPD Hulu Langat, sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Othman Mohammad dan Tn. Hj, Ahmad Isa Tan Sri Dato Hassan dari Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, dan dipengerusikan oleh Ustaz Baharuddin Shuib (Penyelia Kanan Sekolah Rendah PPD Hulu Langat).

Pihak sekolah telah diminta untuk menghebahkan tentang pendaftaran tahun 1 sesi 2013 dan 2014, secara atas talian, bermula 1 Mac 2012 hingga 30 April 2012. Ibu bapa boleh melayari sesawang JPS / PPD dan menggunakan aplikasi yang disediakan untuk mendaftar anak-anak mereka (Lahir 2.1.2007 – 1.1.2008 bagi sesi 2013, manakala Lahir 2.1.2008 – 1.1.2009, bagi sesi persekolahan 2014).

Memandangkan Selangor merupakan satu-satunya negeri yang menyediakan aplikasi secara talian sejak tiga tahun lalu, En. Othman Mohammad yang merupakan pembina aplikasi tersebut, berharap pihak sekolah dapat melaksanakan pendaftaran dengan lebih baik dan lancar lagi.

Pada sesi taklimat berkenaan, banyak info yang telah disampaikan berkaitan dengan pendaftaran tahun 1, serta turut diisi dengan sesi bersoal-jawab. Pihak sekolah juga perlu membuat hebahan tentang pendaftaran tahun 1 (sesi 2013 & 2014) melalui kain rentang, hebahan pada sesi perhimpunan, serta surat edaran kepada ibu bapa penjaga murid.

Tn Hj Ahmad Isa Tan Sri Dato Hassan pula menyentuh mengenai Projek Khas Ujian Permata PINTAR UKM 1, Sekolah Orang Asli dan Sekolah Kluster/SBT. Beliau turut memberikan pujian kepada daerah Hulu Langat (& Gombak) yang menjayakan program PINTAR tersebut.

Semoga GPK HEM daerah kita telahpun ‘mengerjakan’ apa-apa yang perlu kearah mendaftarkan anak-anak Hulu Langat bagi sesi persekolahan 2013 dan 2014.


Tuesday, January 3, 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!




JK Permuafakatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (SR) Daerah Hulu Langat, mengucapkan "Selamat Kembali Ke Sekolah" ~ kepada semua guru dan murid, khususnya yang sering menapak ke blog ini...

Semoga tahun 2012 menjanjikan kejayaan dan kecemerlangan buat semua, dalam segala bidang yang diceburi. Amiin.

Selamat meneruskan sesi persekolahan!

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011
Bergambar di depan Dewan Blok E, PPDHL

FOTO KENANGAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 DI SAUJANA IMPIAN GOLF RESORT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

Bergambar kenangan selepas dua hari berbengkel membina blog di PKG Ampang