JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

Monday, December 7, 2009

KURSUS PENGURUSAN GPK HEM NEGERI SELANGOR DI PULAU PANGKOR

Pada minggu terakhir sesi persekolahan lalu, seramai tujuh orang GPK HEM daerah kita telah terpilih mengikuti Kursus Pengurusan Hal Ehwal Murid anjuran Jabatan Pelajaran Selangor (JPS).

Kursus tersebut telah dijalankan pada 16 - 19 November, bertempat di Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor. Mereka yang mengikuti kursus berkenaan adalah En. Yaakub Salleh (SK Taman Jasmin), Pn. Junainah Selamat (SK Seksyen 7, Bangi), Pn. Hjh. Ropitah Ismail (SK Dusun Nanding), Pn. Rozita Ahmad (SK Sungai Serai), Pn. Rozinah Baharim (SK Kuala Pajam), Pn. Romna Rosli (SK Bandar Teknologi) dan En. Adlan Mohd. Ali (SK Dusun Tua).



Kursus yang dihadiri kira-kira 70 orang GPK HEM negeri Selangor ini menyentuh aspek Pengurusan Disiplin oleh En. Mohd. Khaidir Abdullah (Penolong Pengarah Kanan Disiplin JPS), Pengurusan Murid- Adu Disiplin (En. Kamis Md. Nor, Adu Disiplin JPS), Pengurusan 3K (En. Man Aton, Penyelia Kanan Kesihatan JPS), Pengurusan Bimbingan & Kaunseling (En. Khairuddin Mohd. Amin, Penolong Pengarah Kaunseling JPS), Pengurusan Bantuan Murid - KWAPM (Hjh. Narizah Md. Yusof, Unit HEM -Bahagian Kebajikan JPS) dan Pengurusan SPBT (Tn. Hj. Human, Unit HEM -Bahagian SPBT, JPS).

Meskipun padat dengan jadual kuliah/ceramah, namun peserta kursus juga berkesempatan meninjau keindahan Pulau Pangkor serta berpeluang membeli belah pada waktu senggang yang tersisa. Pada malam terakhir juga diadakan program 'Menangani Stress' serta jamuan BBQ.

Semoga input yang diperolehi dapat dimanfaatkan dengan rakan-rakan yang belum berpeluang mengikuti kursus seumpama itu.

Sunday, December 6, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN GURU-GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (SR) DAERAH HULU LANGAT

Bertempat di Hotel Residence, UNITEN,Bangi, majlis jamuan akhir tahun diadakan pada 12 November lalu. Dianggarkan hampir 80 orang GPK HEM (sekolah rendah) daerah Hulu Langat telah hadir.



Majlis turut dihadiri En. Sharuddin Yusof (Penolong PPD/Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan), Pn. Hjh. Rosnani Abdul Aziz (Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid), En. Mohd. Yassin Buang (Ketua Unit Kualiti)dan YM Raja Azman Raja Mushahar (Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah).
Turut hadir ialah Tn. Hj. Abdull Razak Mustofah (Pengerusi MGB) dan Naib Pengerusi MGB, Tn. Hj. Abd. Shukor Ujang.


Selain acara 'makan-makan' dan pertukaran hadiah di kalangan GPK HEM, majlis turut meraikan GPK HEM yang bakal bersara serta GPK HEM yang dinaikkan pangkat atau bertukar jawatan.


-*Antara GPK HEM Zon Ampang dan Cheras yang sempat bergambar


-*GPK HEM Zon Kajang dan Semenyih yang hadir pada sesi bergambar


- *Tiga helai batek yang dipamerkan untuk dipilih sebagai batek rasmi MGPKHEM (SR)

Semoga majlis tersebut dapat merapatkan ukhuwah di kalangan GPK HEM daerah kita.

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011
Bergambar di depan Dewan Blok E, PPDHL

FOTO KENANGAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 DI SAUJANA IMPIAN GOLF RESORT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

Bergambar kenangan selepas dua hari berbengkel membina blog di PKG Ampang