Semoga hubungan sesama GPK HEM dan PPDHL sentiasa erat demi kemajuan dan pembangunan pendidikan di daerah kita ini.
"MENGGALAS AMANAH MEMANUSIAKAN ANAK DIDIK"
JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

Thursday, October 18, 2012
JAMUAN AKHIR TAHUN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT 2012
Semoga hubungan sesama GPK HEM dan PPDHL sentiasa erat demi kemajuan dan pembangunan pendidikan di daerah kita ini.
Friday, October 12, 2012
OPERASI PENGUMPULAN & PENGGABUNGAN DATA KWAPM 2013
Thursday, October 11, 2012
PEMANTAUAN PENGURUSAN KEBAJIKAN UNIT HEM DARAH HULU LANGAT
GPK HEM DAERAH HULU LANGAT AKTIF TERLIBAT DENGAN PROGRAM DAERAH
Friday, July 13, 2012
KURSUS PENGURUSAN KEBAJIKAN BERKESAN..
Wednesday, July 11, 2012
KURSUS PENGURUSAN KEBAJIKAN BERKESAN BAGI HEM NEGERI SELANGOR 2012
Monday, March 5, 2012
TAKLIMAT & BENGKEL PELAKSANAAN WAJIB SEKOLAH RENDAH DAN PENDAFTARAN WAJIB TAHUN 1 (2013-2014)
Pada 22 Februari 2012 lalu, bertempat di Dewan Blok E, PPD Hulu Langat, sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Othman Mohammad dan Tn. Hj, Ahmad Isa Tan Sri Dato Hassan dari Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, dan dipengerusikan oleh Ustaz Baharuddin Shuib (Penyelia Kanan Sekolah Rendah PPD Hulu Langat).

Pihak sekolah telah diminta untuk menghebahkan tentang pendaftaran tahun 1 sesi 2013 dan 2014, secara atas talian, bermula 1 Mac 2012 hingga 30 April 2012. Ibu bapa boleh melayari sesawang JPS / PPD dan menggunakan aplikasi yang disediakan untuk mendaftar anak-anak mereka (Lahir 2.1.2007 – 1.1.2008 bagi sesi 2013, manakala Lahir 2.1.2008 – 1.1.2009, bagi sesi persekolahan 2014).
Memandangkan Selangor merupakan satu-satunya negeri yang menyediakan aplikasi secara talian sejak tiga tahun lalu, En. Othman Mohammad yang merupakan pembina aplikasi tersebut, berharap pihak sekolah dapat melaksanakan pendaftaran dengan lebih baik dan lancar lagi.
Pada sesi taklimat berkenaan, banyak info yang telah disampaikan berkaitan dengan pendaftaran tahun 1, serta turut diisi dengan sesi bersoal-jawab. Pihak sekolah juga perlu membuat hebahan tentang pendaftaran tahun 1 (sesi 2013 & 2014) melalui kain rentang, hebahan pada sesi perhimpunan, serta
Tn Hj Ahmad Isa Tan Sri Dato Hassan pula menyentuh mengenai Projek Khas Ujian Permata PINTAR UKM 1, Sekolah Orang Asli dan Sekolah Kluster/SBT. Beliau turut memberikan pujian kepada daerah Hulu Langat (& Gombak) yang menjayakan program PINTAR tersebut.
Semoga GPK HEM daerah kita telahpun ‘mengerjakan’ apa-apa yang perlu kearah mendaftarkan anak-anak Hulu Langat bagi sesi persekolahan 2013 dan 2014.
Tuesday, January 3, 2012
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!
GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011

Bergambar di depan Dewan Blok E, PPDHL
FOTO KENANGAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 DI SAUJANA IMPIAN GOLF RESORT
PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

Bergambar kenangan selepas dua hari berbengkel membina blog di PKG Ampang