JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

Thursday, September 8, 2011

"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN"

Assalamu'alaikum wrt wbt / salam sejahtera / salam perpaduan..
Jawatankuasa Permuafakatan GPK HEM (SR) daerah Hulu Langat (JKPGPKHEMDHL) ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN' buat semua warga pendidik di tanahair, khususnya kepada rakan seangkatan GPK HEM. Semoga lebaran mengeratkan ukhuwwah sesama kita.
Wassalam.

Wednesday, August 3, 2011

'SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA'

Jawatankuasa Permuafakatan GPK Hal Ehwal Murid (SR) Daerah Hulu Langat, mengucapkan 'Selamat Menjalani Ibadah Puasa' kepada seluruh umat Islam, khususnya buat warga GPK HEM di daerah Hulu Langat, dan di tanahair amnya.

Semoga keberkatan di bulan Ramadhan ini mampu menggerakkan kita ke arah yang lebih progresif dan dinamik, demi kecemerlangan anak didik kita.

Wednesday, June 22, 2011

AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN JKPGPKHEM (SR) DHL

Bersempena dengan pertukaran mantan Pegawai PPDHL Tn. Hj. Ismail Musa, ke JPNS, satu majlis perpisahan telah diadakan pada 26 Mei lalu bertempat di Kelab Darul Ehsan. Seramai 4 orang AJK tertinggi JKPGPKHEM kita telah turut sama menghadiri majlis tersebut sambil menyampaikan cenderahati bagi pihak kita. Kita doakan semoga Tn. Hj. Ismail akan berjaya dan bahagia di tempat tugas barunya nanti.
Biro Kebajikan juga sebelum ini telah melakukan kunjungan silaturrahim dan menyerahkan sumbangan ke atas rakan HEM yang berdepan dengan ujian kesihatan (sakit), antaranya En. Adlan Mohd. Ali (virus infection di Hospital Kajang), Tn. Hj. Mohd. Hosni Awang (masalah tulang belakang & leher, di Hospital Kuala Lumpur), En. Mohd. Bazir Din (kanser tenggorok), selain turut menziarahi balu arwah YM Raja Azman Mushahar (PPDa di PPDHL) yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di Bentong pada 27 Februari lalu.

Pihak JKPGPKHEM akan terus berusaha menjaga kebajikan ahli-ahli daripada kalangan GPK HEM. Oleh itu, adalah diseru kepada rakan-rakan yang masih belum menjelaskan yuran agar dapat berbuat demikian, demi kebajikan kita bersama.

Friday, June 3, 2011

BAJU KORPORAT GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

JKPGPKHEMDHL telah mengeluarkan baju korporat untuk GPK HEM Sekolah Rendah di daerah Hulu Langat. Ia adalah usaha untuk menunjukkan kewujudan kita sebagai satu jalinan muhibbah sesama GPK HEM daerah. Sebelum ini, kita telah bersepakat menempah batik untuk dipakai pada hari Khamis dan juga di majlis-majlis rasmi mahupun tidak rasmi.

Segala pertanyaan terhadap penempahan baju korporat, bolehlah menghubungi AJK JKPGPKHEMDHL , atau emailkan kepada mgpkhem@yahoo.com.my.

Sunday, May 22, 2011

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA TRAGEDI TANAH RUNTUH - MANGSA MERUPAKAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH HULU LANGAT


JK Permuafakatan GPK Hal Ehwal Murid (SR) Daerah Hulu Langat, ingin mengucapkan 'Salam Takziah' kepada semua waris dan keluarga mangsa tragedi tanah runtuh yang menimpa Madrasah at-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat.

Seramai 16 orang telah disahkan terkorban. Mereka yang terlibat antaranya 7 orang murid SK Dusun Tua, 1 (SK Tun Abdul Aziz Majid), 1 (SK Putrajaya Presint 2), 1 (SMK Taman Muda), 2 (SMK Abdul Jalil).

Tragedi menyayat hati yang menimpa mereka, amat dirasai oleh warga pendidik dan pelajar khususnya di sekolah-sekolah yang terlibat, di daerah kita ini.

Semoga pihak keluarga mangsa dapat bersabar serta tabah menghadapi ujian daripada Ilahi.

Didoakan semoga Allah menempatkan arwah di kalangan mereka yang beroleh maghfirah dan mardhatillah, serta di kalangan para solihin...
al-Fatihah..

Tuesday, May 17, 2011

SELAMAT HARI GURU KE-40


Jawatan Kuasa Permuafakatan GPK Hal Ehwal Murid (Sekolah Rendah) Daerah Hulu Langat mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" buat semua guru di tanahair, khususnya buat rakan-rakan GPK HEM.

Semoga kita terus dapat berbakti kepada agama, nusa dan bangsa.

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Thursday, May 5, 2011

BENGKEL PEMBINAAN BLOG UNTUK AJK JPGPKHEM (SR) DAERAH HULU LANGAT



Bengkel Pembinaan Blog khusus untuk AJK JKPGPKHEM (SR) Daerah Hulu Langat telah diadakan di PKG Ampang. Kira-kira 20 orang AJK terlibat dalam kursus tersebut.

En. Adlan Mohd. Ali (SK Dusun Tua) bertindak selaku pembimbing dengan dibantu oleh En. Asman Harun (SK Pandan Indah).

Objektif kursus/bengkel ini antaranya agar GPK HEM dapat mewujudkan laman blog Unit HEM di sekolah masing-masing.

Semoga para peserta mampu membina blog mereka demi menyampaikan maklumat dan perkembangan aktiviti sekolah kepada warganya, insyaAllah.

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011
Bergambar di depan Dewan Blok E, PPDHL

FOTO KENANGAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 DI SAUJANA IMPIAN GOLF RESORT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

Bergambar kenangan selepas dua hari berbengkel membina blog di PKG Ampang