JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

Monday, October 31, 2011

PERUBAHAN TARIKH JAMUAN AKHIR TAHUN - 9 NOVEMBER 2011

Assalamu'alaikum wrt wbt / Salam sejahtera..
Semoga sahabat/rakan GPK HEM daerah Hulu Langat berada dalam kesejahteraan dan kebahagiaan hendaknya.

Adalah dimaklumkan bahawa majlis jamuan akhir tahun yang sebelum ini dicanang dan dirancang (seperti pada kad yang telah diedarkan) pada 8 November 2011, telah ditukarkan pada 9 November 2011.

Perubahan tarikh terpaksa dibuat kerana pada 8 haribulan, masih ada sekolah yang bercuti sempena Hari Raya Korban. Di samping itu, pada pagi 9 November, akan diadakan Mesyuarat Pengurusan GPK HEM (rendah & menengah) di Dewan Persidangan, Blok E, PPD Hulu Langat.

Sehubungan itu, diharap rakan GPK HEM memaklumkan kepada sahabat -sahabat yang lain mengenai jamuan akhir tahun yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 9 November 2011 (Hari: Rabu)
Masa : 1.45 petang
Tempat : Saujana Impian Golf Resort, Kajang.

Semoga pertemuan pada majlis itu nanti akan terus mengeratkan silaturahim sesama kita.
Sekian dimaklumkan.

Saturday, October 29, 2011

BELASUNGKAWA - TAKZIAH BUAT KELUARGA PENGERUSI JKPGPKHEM (SR) DHL

Ahli Jawatan Kuasa Permuafakatan GPK Hal Ehwal Murid (SR) Daerah Hulu Langat ingin merakamkan ucapan 'SALAM TAKZIAH' kepada Pengerusi JGPKHEM(SR)DHL, sdr. Norazmi Hj. Md. Isa, atas pemergian anak lelaki beliau kerahmatullah pada pagi Sabtu, 29 Oktober 2011.

Difahamkan arwah yang merupakan anak kedua sdr. Norazmi, meninggal dunia disebabkan komplikasi jantung, setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya beberapa hari lalu.

Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya, diberi keampunan serta dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

al-Fatihah...

Thursday, September 8, 2011

"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN"

Assalamu'alaikum wrt wbt / salam sejahtera / salam perpaduan..
Jawatankuasa Permuafakatan GPK HEM (SR) daerah Hulu Langat (JKPGPKHEMDHL) ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN' buat semua warga pendidik di tanahair, khususnya kepada rakan seangkatan GPK HEM. Semoga lebaran mengeratkan ukhuwwah sesama kita.
Wassalam.

Wednesday, August 3, 2011

'SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA'

Jawatankuasa Permuafakatan GPK Hal Ehwal Murid (SR) Daerah Hulu Langat, mengucapkan 'Selamat Menjalani Ibadah Puasa' kepada seluruh umat Islam, khususnya buat warga GPK HEM di daerah Hulu Langat, dan di tanahair amnya.

Semoga keberkatan di bulan Ramadhan ini mampu menggerakkan kita ke arah yang lebih progresif dan dinamik, demi kecemerlangan anak didik kita.

Wednesday, June 22, 2011

AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN JKPGPKHEM (SR) DHL

Bersempena dengan pertukaran mantan Pegawai PPDHL Tn. Hj. Ismail Musa, ke JPNS, satu majlis perpisahan telah diadakan pada 26 Mei lalu bertempat di Kelab Darul Ehsan. Seramai 4 orang AJK tertinggi JKPGPKHEM kita telah turut sama menghadiri majlis tersebut sambil menyampaikan cenderahati bagi pihak kita. Kita doakan semoga Tn. Hj. Ismail akan berjaya dan bahagia di tempat tugas barunya nanti.
Biro Kebajikan juga sebelum ini telah melakukan kunjungan silaturrahim dan menyerahkan sumbangan ke atas rakan HEM yang berdepan dengan ujian kesihatan (sakit), antaranya En. Adlan Mohd. Ali (virus infection di Hospital Kajang), Tn. Hj. Mohd. Hosni Awang (masalah tulang belakang & leher, di Hospital Kuala Lumpur), En. Mohd. Bazir Din (kanser tenggorok), selain turut menziarahi balu arwah YM Raja Azman Mushahar (PPDa di PPDHL) yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di Bentong pada 27 Februari lalu.

Pihak JKPGPKHEM akan terus berusaha menjaga kebajikan ahli-ahli daripada kalangan GPK HEM. Oleh itu, adalah diseru kepada rakan-rakan yang masih belum menjelaskan yuran agar dapat berbuat demikian, demi kebajikan kita bersama.

Friday, June 3, 2011

BAJU KORPORAT GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

JKPGPKHEMDHL telah mengeluarkan baju korporat untuk GPK HEM Sekolah Rendah di daerah Hulu Langat. Ia adalah usaha untuk menunjukkan kewujudan kita sebagai satu jalinan muhibbah sesama GPK HEM daerah. Sebelum ini, kita telah bersepakat menempah batik untuk dipakai pada hari Khamis dan juga di majlis-majlis rasmi mahupun tidak rasmi.

Segala pertanyaan terhadap penempahan baju korporat, bolehlah menghubungi AJK JKPGPKHEMDHL , atau emailkan kepada mgpkhem@yahoo.com.my.

Sunday, May 22, 2011

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA TRAGEDI TANAH RUNTUH - MANGSA MERUPAKAN PELAJAR SEKOLAH DI DAERAH HULU LANGAT


JK Permuafakatan GPK Hal Ehwal Murid (SR) Daerah Hulu Langat, ingin mengucapkan 'Salam Takziah' kepada semua waris dan keluarga mangsa tragedi tanah runtuh yang menimpa Madrasah at-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat.

Seramai 16 orang telah disahkan terkorban. Mereka yang terlibat antaranya 7 orang murid SK Dusun Tua, 1 (SK Tun Abdul Aziz Majid), 1 (SK Putrajaya Presint 2), 1 (SMK Taman Muda), 2 (SMK Abdul Jalil).

Tragedi menyayat hati yang menimpa mereka, amat dirasai oleh warga pendidik dan pelajar khususnya di sekolah-sekolah yang terlibat, di daerah kita ini.

Semoga pihak keluarga mangsa dapat bersabar serta tabah menghadapi ujian daripada Ilahi.

Didoakan semoga Allah menempatkan arwah di kalangan mereka yang beroleh maghfirah dan mardhatillah, serta di kalangan para solihin...
al-Fatihah..

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011
Bergambar di depan Dewan Blok E, PPDHL

FOTO KENANGAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 DI SAUJANA IMPIAN GOLF RESORT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

Bergambar kenangan selepas dua hari berbengkel membina blog di PKG Ampang