JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

Wednesday, February 6, 2013

PENGUMPULAN & PENGGABUNGAN DATA KWAPM DAERAH HULU LANGAT TAHUN 2013


Bengkel Pengumpulan dan Penggabungan Data KWAPM bagi Tahun 1 dan Tingkatan 1 sesi 2013, telah dilaksanakan pada 5 Februari (Sekolah Rendah) dan 6 Februari 2013 (Sekolah Menengah). 

Taklimat telah disampaikan oleh En. Norazmi Hj. Md. Isa, Penyelia Kebajikan Hal Ehwal Murid, PPD Hulu Langat. Beliau turut dibantu oleh 3 orang Jurulatih Utama Kebajikan iaitu En. Asman Harun, 
Pn. Romna Rosli dan En. Adlan Mohd. Ali.

Seramai kira-kira 120 orang wakil sekolah terdiri daripada GPK HEM dan Penyelaras KWAPM telah hadir pada sesi berkenaan. 


Tuesday, February 5, 2013

TAKLIMAT PENGURUSAN HEM DAERAH HULU LANGAT BIL.1/2013

Bertempat di Dewan Blok E, PPD Hulu Langat, taklimat pengurusan Unit Hal Ehwal Murid telah diberikan kepada GPK HEM (Menengah & Rendah) daerah. 

Sebelum itu, Program CikguMU Cantik ('Cikgu dan Murid- Cari dan Musnahkan Jentik-jentik') turut dilancarkan. En. Mohd Hairmanshah Mohd Shah, Pegawai Pendidikan Kesihatan/Ketua Bahagian Promosi & Pendidikan, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, telah memberikan penerangan mengenai program tersebut. Dr. Rosilawati dari PKD juga turut menyampaikan taklimat mengenainya.

Bagi sesi Taklimat Pengurusan HEM, Pn. Hjh. Rosnani Abdul Aziz, Penyelia Kanan HEM, telah menyampaikan taklimat berkaitan SPBT, 3K (Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan), Pendidikan Pencegahan Denggi, Kantin  dan Kedai Buku.

Manakala En. Norazmi Hj Md Isa, Penyelia Kebajikan HEM, menyentuh mengenai KWAPM,  Program 'My Beautiful Malaysia', Program 'Mengharmonikan Semua Penganut Agama di Malaysia', Program Bandar Selamat, BKAP dan Insuran Takaful. Beliau turut menyampaikan pesanan daripada unit PPDa melalui nota yang diedarkan.

Pn. Marina Misban, PPPD, pula menyampaikan beberapa pesanan daripada tuan pegawai PPDHL.
Semoga semua GPK HEM mendapat penerangan yang jelas untuk dimanfaatkan di sekolah nanti.



Wednesday, January 23, 2013

PENGUMPULAN DAN PENGGABUNGAN DATA RMT DAERAH HULU LANGAT 2013

Sesi pengumpulan dan penggabungan data RMT daerah Hulu Langat bagi tahun 2013 telah diadakan selama dua hari. Sesi pertama pada 21 Januari melibatkan 15 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 7 buah Sekolah Jenis KebangsaanTamil saja. 
Manakala bagi sekolah kebangsaan, penggabungan data dibuat pada 23 Januari. Lebih 60 buah sekolah terlibat dengan sesi ini.
Penyelia Kebajikan HEM PPD Hulu Langat, En. Norazmi Md Isa, telah memberikan taklimat sebagai panduan kepada GPK HEM dan Penyelaras RMT sekolah-sekolah yang hadir. Semoga pihak sekolah dapat memberikan maklumat yang tepat dan telus agar kebajikan terhadap murid-murid yang layak menerima bantuan RMT terus terjaga.


BIRO-BIRO JK PERMUAFAKATAN GPK HEM (R) DAERAH HULU LANGAT 2013-2014

JK Permuafakatan GPK HEM (R) Daerah Hulu Langat bagi sesi 2013-2014 telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 22 Januari 2013, bertempat di Balai Wawasan, SK Bukit Raya.
Mesyuarat turut dihadiri En. Norazmi Md Isa, Penyelia Kebajikan HEM, PPDHL, yang bertindak selaku Penasihat bagi JKPGPKHEM(R)DHL.

Dalam ucapannya, beliau meletakkan keyakinan dan harapan agar AJK baru akan meneruskan kesinambungan AJK terdahulu yang sememang aktif menggerakkan aktiviti HEM serta menjalinkan ukhuwwah yang erat sesama GPK HEM sekolah rendah di daerah ini.

Dalam mesyuarat tersebut, pelantikan AJK turut dibuat bagi biro-biro seperti berikut;
BIRO KEBAJIKAN : Pn. Noridah Surif, Pn. Noraini Surif, Pn. Norizah Rahmat, 
Pn. Chan Ngok Yong & En. Arulselvam a/l Kasipilaai
BIRO TABUNG HEM: Pn. Anita Yeo Chye Luan, Pn. Muhayon Mashod
& Pn. Arayee a/p Veeran
BIRO PENINGKATAN PROFESIONALISMA:  En. Badrol Hisham M. Salleh, 
Pn. Nor Ruhaiza Abdul Rahman, Pn. Azlinda Abu, Pn. Chin Kong Thai & En. Zunaidi Awang Teh
BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT/ICT: En. Adlan Mohd. Ali,
Pn. Zubidah Anuar & Pn. Rozita Ahmad
BIRO SOSIAL & LAWATAN:  En. Asman Harun, 
Pn. Ainoon Mohamed Salehuddin & Cik Zuriani Khairudin

Pengerusi JKPGPKHEM(R)DHL, En. Asman Harun berharap setiap biro boleh memikirkan aktiviti bagi tahun 2013, agar pelaksanaannya dapat mencapai objektif kewujudan JK Permuafakatan ini.






Tuesday, January 22, 2013

TAKLIMAT BKAP DAN MESYUARAT AGUNG JK PERMUAFAKATAN GPKHEM (R) DAERAH HULU LANGAT

Bertempat di Blok E, PPD Hulu Langat, satu sesi Taklimat Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) RM100, telah diadakan kepada semua GPK HEM (menengah dan rendah) daerah kita. Taklimat telah disampaikan oleh En. Norazmi Md Isa, Penyelia Kebajikan HEM PPDHL. Turut menyampaikan beberapa pesanan/peringatan berkaitan unit HEM adalah Pn. Marina Misban, Penolong Pegawai PPD Unit HEM, dan En. Nor Hairul Nizam (PPDa dan Disiplin)
Tuan Pegawai PPD Daerah Hulu Langat yang baru dilantik, En. Muhammad Radzi bin Abdullah, turut bersama bertemu dan menyuarakan beberapa amanat penting kepada semua hadirin. 

Selepas sesi taklimat, Mesyuarat Agung JK Permuafakatan GPK HEM (R) Daerah Hulu Langat Kali ke-2 , diadakan. 
Pelantikan bagi Ahli  Jawatankuasa Permuafakatan GPK HEM bagi sesi 2013-2014, juga dibuat.
'TAHNIAH' diucapkan kepada AJK yang telah terpilih menduduki JK Permuafakatan GPK HEM (R) DHL. Semoga terus aktif memainkan peranan untuk menjaga kebajikan ahli (GPK HEM) serta merancakkan kegiatan profesionalisme di daerah kita.

Kepada bekas AJK sesi 2011-2012, diungkapkan~ "TERIMA KASIH ATAS SEGALA JASA!"







Thursday, October 18, 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT 2012

Restoran Berputar 360 Menara Kuala Lumpur, menjadi pilihan untuk Jamuan Akhir Tahun bagi Guru-guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) daerah Hulu Langat pada tahun 2012 ini.   
     Seramai hampir 80 orang GPK HEM telah menghadiri majlis ini. Di samping itu, turut hadir memeriahkan majlis ialah Tn Hj Mohd Mahmudi Bakri, (Pegawai PPD Hulu Langat), Pn Marina Misban (PPPD HEM), Pn Hjh Rosnani Abdul Aziz (Penyelia Kanan HEM), En Norazmi Mohd Isa (Penyelia Kebajikan HEM), En Abd Aziz Isa (Kaunselor Kerjaya), Pn Roslinda Kamiss (Penyelia Pendidikan Islam) dan Tn Hj Abd Shukor Hj Ujang (YDP Majlis Guru Besar DHL).
     
AJK JGPKHEM(SR)DHL bergambar kenangan dengan 'Orang Kuat' PPDHL
   
 Majlis turut meraikan GPK HEM yang telah dan akan bersara pada tahun ini, selain GPK HEM yang bertukar jawatan atau berpindah. Menu yang disediakan amat menarik, bervariasi dan lazat, serta pastinya menggamit keinginan para GPK HEM untuk datang bertamu lagi. 
GPK HEM Zon Kajang

 GPK HEM Zon Cheras
 GPK HEM Zon Semenyih
 GPK HEM Zon Ampang
GPK HEM Zon Bangi
      
Semoga hubungan sesama GPK HEM dan PPDHL sentiasa erat demi kemajuan dan pembangunan pendidikan di daerah kita ini.

Friday, October 12, 2012

OPERASI PENGUMPULAN & PENGGABUNGAN DATA KWAPM 2013

Bertempat di SK Saujana Impian 2, Kajang, operasi pengumpulan dan penggabungan data KWAPM untuk permohonan tahun 2013 telah dibuat. Operasi dijalankan pada dua sesi, dan kerjasama daripada sebilangan besar sekolah adalah amat baik. Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah yang telah menyediakan segala dokumen dan data yang diperlukan.

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011
Bergambar di depan Dewan Blok E, PPDHL

FOTO KENANGAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 DI SAUJANA IMPIAN GOLF RESORT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

Bergambar kenangan selepas dua hari berbengkel membina blog di PKG Ampang