JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

Sunday, December 6, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN GURU-GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (SR) DAERAH HULU LANGAT

Bertempat di Hotel Residence, UNITEN,Bangi, majlis jamuan akhir tahun diadakan pada 12 November lalu. Dianggarkan hampir 80 orang GPK HEM (sekolah rendah) daerah Hulu Langat telah hadir.



Majlis turut dihadiri En. Sharuddin Yusof (Penolong PPD/Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan), Pn. Hjh. Rosnani Abdul Aziz (Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid), En. Mohd. Yassin Buang (Ketua Unit Kualiti)dan YM Raja Azman Raja Mushahar (Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah).
Turut hadir ialah Tn. Hj. Abdull Razak Mustofah (Pengerusi MGB) dan Naib Pengerusi MGB, Tn. Hj. Abd. Shukor Ujang.


Selain acara 'makan-makan' dan pertukaran hadiah di kalangan GPK HEM, majlis turut meraikan GPK HEM yang bakal bersara serta GPK HEM yang dinaikkan pangkat atau bertukar jawatan.


-*Antara GPK HEM Zon Ampang dan Cheras yang sempat bergambar


-*GPK HEM Zon Kajang dan Semenyih yang hadir pada sesi bergambar


- *Tiga helai batek yang dipamerkan untuk dipilih sebagai batek rasmi MGPKHEM (SR)

Semoga majlis tersebut dapat merapatkan ukhuwah di kalangan GPK HEM daerah kita.

5 comments:

  1. Salam Satu Malaysia,
    Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua barisan MPGPKHEM kerana berjaya mewujudkan laman web HEM Daerah Hulu Langat. Diharap pada masa akan datang untuk penambahbaikan, dicadangkan segala maklumat seperti carta organisasi, senarai tugas, borang-borang unit HEM, fail meja atau apa sahaja yang berkaitan dengan bidang tugas HEM dapat disertakan bersama sebagai rujukan semua GPKHEM daerah Hulu Langat. Terima kasih @ Pn Rozita Ahmad SK Sg Serai

    ReplyDelete
  2. Pn. Rozita,
    Mohon maaf, kerana agak lewat memberi respon. Sebenarnya tidak perasan terhadap komen yang telah diberi. Apapun, terima kasih atas pandangan itu. Sememang 'admin blog' dari masa ke semasa berusaha menambah baik blog kita ini. Terima kasih sekali lagi atas saranan dan pandangan.
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. salam..boleh share kertas kerja konsep majlis penubuhan pemuafakatan guru penolong kanan sr

    ReplyDelete
  4. gunakan gmail: Janetrmkk75@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Mohon share kan juga.KK kpd azsalleh2@gmail.com

    Serta peranan d fungsi mpgkphem
    Tkasih

    ReplyDelete

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011
Bergambar di depan Dewan Blok E, PPDHL

FOTO KENANGAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 DI SAUJANA IMPIAN GOLF RESORT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

Bergambar kenangan selepas dua hari berbengkel membina blog di PKG Ampang