JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

Thursday, October 28, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN GPK HEM (SEKOLAH RENDAH) DAERAH HULU LANGAT

Pada tahun ini, jamuan akhir tahun bagi GPK HEM (sekolah rendah) daerah Hulu Langat, diadakan di Satey Samuri, Kajang. Acara jamuan diadakan selepas taklimat HEM dan mesyuarat agung JKPGPKHEMSR yang dibuat pada sebelah pagi hingga tengah hari di PPDHL.
Acara dikendalikan oleh Pn. Ainon Mohamed Salehuddin, manakala bacaan doa dipimpin olehTn. Hj. Zainal Mohd. Hassan.

Majlis jamuan, turut meraikan 3 orang GPK HEM yang bersara wajib. Mereka ialah Pn. Chek Norlia Othman (3/9) dari SK Cheras Indah, Pn. Zubaidah Mat Janum (18/11 - SK Ampang Campuran), dan Cik Yaw Ah Moi (10/12- SJKC Yu Hua). Manakala Pn. Hjh. Sabarinah Ahmad Sabri (SK Convent) yang bersara pilihan pada penghujung tahun 2009, tidak dapat hadir. Beliau merupakan mantan Setiausaha JKPGPKHEMSR.

Hadir memeriahkan majlis jamuan adalah jemputan dari PPDHL iaitu Pn. Hjh Rosnani Abdul Aziz, Tn. Hj. Thaha Mohd. Yusof, Tn. Hj. Ahmad Sah Saad, serta En. Chayed Basirun yang mewakili Pegawai PPDHL. Turut hadir ialah Tn. Hj. Abdul Shukur Ujang, Timbalan Pengerusi Majlis Guru Besar.



No comments:

Post a Comment

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011
Bergambar di depan Dewan Blok E, PPDHL

FOTO KENANGAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 DI SAUJANA IMPIAN GOLF RESORT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

Bergambar kenangan selepas dua hari berbengkel membina blog di PKG Ampang