JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

JAWATAN KUASA MAJLIS PERMUAFAKATAN GPK HEM (SR) DAERAH HULU LANGAT

Wednesday, October 27, 2010

MESYUARAT AGUNG JK PERMUAFAKATAN GPK HEM (SEKOLAH RENDAH) DAERAH HULU LANGAT 2010



Bertempat di Dewan Persidangan Blok E, PPD Hulu Langat, Mesyuarat Agung JK Permuafakatan GPK HEM (Sekolah Rendah) Daerah Hulu Langat (JKPGPKHEMSR) diadakan buat julung kalinya. Sebelum mesyuarat, GPK HEM sekolah rendah dan menengah terlebih dahulu telah mendengar ceramah 'Pengurusan Majlis Rasmi dan Protokol Di Sekolah' oleh En. Razak Said, Penyelia Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform Sekolah Rendah. Sesi taklimat HEM turut diisi oleh Pn. Hajjah Rosnani Abdul Aziz ,(Penyelia Kanan HEM) dan Tn. Hj. Thaha Mohd. Yusuf (Penyelia HEM).

Mesyuarat Agung JKPGPKHEMSR kali pertama ini turut membuat pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2011-2012. Selain itu, mesyuarat juga telah sebulat suara menerimapakai draf Perlembagaan JKPGPKHEMSR yang dibentangkan. Perlembagaan diwujudkan bertujuan menjaga kebajikan GPK HEM (SR) daerah, di samping mewujudkan kerjasama dan peningkatan dalam bidang profesionalisme.

Senarai penuh Ahli Jawatankuasa Permuafakatan GPK HEM (Sekolah Rendah) Daerah Hulu Langat, Sesi 2011-2012, adalah seperti berikut ;
Penasihat : PPDHL
Pengerusi : En. Norazmi Hj. Mohd. Isa (SK Bandar Tasik Kesuma)
Naib Pengerusi : En. Jaapar Shamsuddin (SK Tasek Permai)
Setiausaha : Pn. Som Haini Ab. Ghani (SK Cheras Jaya)
Naib Setiausaha : Pn. Ainon Mohamed Salehuddin (SK Bukit Raya)
Bendahari : Pn. Anita Yeo Chye Luan (SK Seri Jerlok)
Naib Bendahari : Pn. Hjh. Zainah Mohd. Yunus (SK Jalan 4)
AJK ;
Zon Ampang : Pn. Hasnah Ahmad Awang (SK Ampang)
: Pn. Junaidah Mohamed Noor (SK Pandan Indah)
Zon Bangi : Pn. Norizah Rahmat (SK Bangi)
: Pn. Hjh. Hamidah Ibrahim (SK Bandar Baru Bangi)
Zon Kajang : Pn. Hjh. Norizan Mohd. Noor (SK Seri Sekamat)
: Pn. Hjh. Zalilah Othman (SK Kantan Permai)
Zon Semenyih : Pn. Romna Rosli (SK Bandar Teknologi)
: Pn. Rozinah Baharim (SK Kg. Kuala Pajam)
Zon Cheras : En. Adlan Mohd. Ali (SK Dusun Tua)
: En. Badrol Hisham M. Salleh (SK Taman Puteri)
Wakil SJKC : En. Teh Bu Hai (SJKC Sin Ming)
: Pn. Lee Swat Eyi (SJKC Batu Sebelas)
Wakil SJKT : Pn. Santhi a/p Swalingam (SJKT Bangi)
: Pn. Grace Sakuntala a/p DS Immanual (SJKT Ladang West Country)
(*Selain itu, 2 orang Juruaudit Dalaman akan dilantik di kalangan AJK yang dipilih dalam Mesyuarat Peringkat Jawatankuasa kali pertama)

Semoga AJK yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, serta mendapat kerjasama daripada semua GPK HEM daerah.

No comments:

Post a Comment

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011

GPK HEM Daerah HULU LANGAT, Selangor 2011
Bergambar di depan Dewan Blok E, PPDHL

FOTO KENANGAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 DI SAUJANA IMPIAN GOLF RESORT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

PEGAWAI-PEGAWAI UNIT HAL EHWAL MURID, PPD HULU LANGAT

Bergambar kenangan selepas dua hari berbengkel membina blog di PKG Ampang